10F -6, 380, Linsen N. Rd., Taipei, 104,
Taiwan, R.O.C.
Tel: 886-2-25632720
Fax: 886-2-25431603
info@sunhobiodiesel.com

Produk berkualiti tinggi menghasilkan keuntungan yang lebih

Membina loji biodiesel anda sendiri tidak semudah sebelum ini. Dengan peratusan tinggi kos-kos perniagaan biodiesel diperuntukkan untuk stok suapan, ianya adalah penting untuk meramalkan kesinambungan dalam aturan pengeluaran. Selain kos-kos lipase dan operasi yang lebih rendah dan keuntungan daripada gliserol gred farmasi, Proses ET membenarkan perkembangan produk-produk tersebut ke provitamin A dan vitamin E jika minyak sawit mentah digunakan sebagai stok suapan. Ini boleh dicapai kerana Proses ET tidak memerlukan stok suapan input ditapis dahulu, lalu mengekalkan kebanyakan bahan dalam sumber. Nutiren-nutrien lain, bahan kimia tumbuh-tumbuhan atau bahan kimia haiwan boleh diperoleh dengan menggunakan stok suapan yang lain. Kami menyediakan perkhidmatan pembinaan loji dan perlesenan untuk kedua-dua jenis unit (penghasilan biodiesel dan gliserol; penghasilan bahan kimia atau bio-bahan yang tertentu).

 

Faedah-faedah skala besar

Penghasilan yang menggunakan Proses ET tidak memerlukan mana-mana subsidi kerajaan kerana ianya memang kos-berkesan. Tambahan lagi, ianya bukan sahaja teknologi bio-bahan api tetapi juga merupakan proses pengeluaran untuk pelbagai bio-bahan (contohnya bio-pelincir, bio-surfaktan, bahan-bahan kosmetik dan bioteknologi) dan bahan-bahan kimia yang tertentu.

Kawasan-kawasan yang mempunyai bekalan stok suapan yang banyak tetapi peluang pekerjaan atau sumber pendapatan yang sedikit boleh mendapat manfaat yang banyak daripada Proses ET. Dengan kos operasi yang rendah dan keuntungan yang tinggi, Proses ET boleh menjadi penggerak utama untuk perkembangan ekonomi dan program punca pendapatan di kawasan luar bandar. Sumber tenaga tambahan di komuniti boleh memperbaik kesinambungan industri-industri yang lain di kawasan tersebut dan membolehkan penjimatan kos.

Go to page          4