Faedah Proses ET
Stok suapan –satu proses untuk semua
Hanya teknologi Proses ET mempunyai kapasiti untuk menukarkan pelbagai stok suapan untuk penghasilan biodiesel. Antara sumber-sumber yang berpotensi termasuklah minyak kacang soya, lemak khinzir, minyak kacang, minyak sawit, minyak ikan, lemak haiwan, gris buangan, minyak bunga matahari, dan minyak biji sesawi. Oleh yang demikian, perniagaan-perniagaan yang menggunakan teknologi ini boleh membuat penyesuaian dengan mudah terhadap perubahan sumber-sumber yang sedia ada. Selain itu, fleksibiliti dalam stok suapan ini juga membenarkan peruntukan minyak yang wajar. Pada masa kini, bukan semua jenis minyak sesuai digunakan sebagai bahan bakar. Dengan masalah bekalan makanan yang semakin meningkat, minyak yang boleh dimakan seperti minyak sawit, kacang soya dan minyak kelapa adalah tidak sesuai untuk penghasilan biodiesel. Kualiti stok suapan yang boleh diterima untuk proses ET ini juga pelbagai. Ia boleh diaplikasikan kepada minyak/lemak tulen, campuran, baru atau buangan.
|
Minyak Alga |
Minyak Ikan |
Minyak Dedak Padi |
||
|
Minyak Kastor |
Minyak Jatropha |
Minyak Kacang Soya |
||
|
Minyak Ayam |
Minyak Biji Mustard |
Minyak Bunga Matahari |
||
|
Minyak Kelapa |
Minyak Sawit |
Lemak Haiwan |
||
|
Minyak Jagung |
Minyak Kacang |
Minyak Biji Teh |
||
|
Minyak Biji Kapas |
Minyak Biji Sesawi |
Minyak Tung |
Alkohol yang digabungkan dengan stok suapan untuk penghasilan biodiesel merupakan alkohol primari atau sekunder (contohnya metanol, etanol atau alkohol isopropil). Variasi dalam bilangan panjang karbon dalam alkohol yang digunakan akan membolehkan penghasilan bio-pelincir. Variasi jenis minyak yang digunakan sebagai suapan stok akan membolehkan penghasilan pelbagai jenis bio-bahan dan bahan kimia khusus, contohnya bio-pelincir, bahan mentah untuk bio-surfaktan, pengemulsi, bio-pelarut, kosmetik, atau penghasilan bersama nutrien, bahan kimia tumbuh-tumbuhan dan bahan kimia haiwan, dll.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
| Minyak soya | Gliserol | Minyak Sawit | Gris buangan | Lemak Haiwan | Minyak Sesawi |





